Allah Ya Nurr

Sunday, 26 May 2013

Tanda Tanda Landak Mini Hamil


Kali ini DH nak kongsi sikit tentang Landak Mini a.k.a Hedgehog hamil.. Emm.. Kebanyakan kalau beli kat petshop cakap "ini tgh pregnant" "ini Bunting'' emm.. nak nasihatkan pada semua jangan terpedaya dengan org yang cuba utk clearkan stok. mgkin HH tersebut sakit atau sudah semakin tua umurnya.. sblom ni DH dh terkena sbb cetek ilmu dlm mengenali HH.. hahahaa... oke.. kat sini nak kongsi sikit tanda2 HH anda sedang Preggy..

1) Badan besar( xsemestinya juga sbb ada juga yg kuat melantak, terlebih lemak la tu.. :)
2) Puting susu semakin menonjol atau membengkak
3) kuat makan dan kuat tido.. lepas makan kenyang2 tdo. makan tido
4) kadang2 menigau dalam tdo.. bunyi.. eeeeeeeeeeeeeyyykkkk..
5) najis dia jadi besar dan panjang besar jari kelingking

tanda2 no 2 dan no 5 adalah pengalaman DH dalam pembiakan HH ni..

oke dh siap.. selamat mencuba.. :)

Pelbagai warna landak mini yang lazim di Malaysia

        Landak mini secara umum dikenal sebagai mamalia kecil dengan lapisan kaku, iaitu duri runcing menutupi seluruh atas badan. Mereka memiliki hidung runcing, dan mata yang agak menonjol terletak di sisi wajah. Telinga mereka biasanya berbentuk bulat, meskipun dalam beberapa spesis, ada memanjang, dan terletak tinggi di sisi kepala. Mereka memiliki ekor yang kecil dan pendek. Mereka dapat menggulung seperti bola  yang berduri ketika terancam.
 
        Landak mini sering disebut sebagai landak kerdil Afrika. DH juga mendengar mereka disebut sebagai miniatur dan landak Afrika  variasi lainnya. Ini bukanlah istilah akurat. Ada beberapa keuntungan untuk memiliki haiwan berduri. Salah satunya anda tidak perlu sikat untuk haiwan peliharaan anda. Landak mini tidak susah untuk merawatnya. Mandi sesekali dan memotong kuku semua adalah untuk menjaganya tetap bersih, sihat, dan terlihat baik. Landak mini juga memiliki cara perlindungan terhadap haiwan peliharaan lain atau anak-anak. Tapi ini tidak bererti anda boleh meninggalkan seekor landak mini dengan anak berusia lima tahun atau seekor anjing besar tanpa pengawasan  dan berikut ini adalah jenis-jenis landak mini :
 
1. Apricot
Duri berwarna putih, terikat dengan oren pudar.
Hampir semua berbelang.
Kulit bahu berwarna pink.
Mata berwarna merah
Hidung berwarna pink
Muka tiada pelitup.
Bawah perut berwarna putih.

 
 
2. Salt & Pepper
Duri berwarna putih, berbelang hitam
Hampir semua duri berbelang
Kulit di bahu adalah hitam-berkilat
Hidung berwarna hitam
Mata berwarna hitam
Pelitup kecil tetapi berwarna hitam
 
3. Cinnamon
Duri berwarna putih, berbelang kayu manis cerah
Hampir semua berbelang
Kulit bahu berwarna merah jambu
Mata berwarna hitam
Hidung berwarna hati.
Muka tiada pelitup.
 
4. Pinto
 
 
 
5. Albino
Albino kekurangan pigmentasi dan bukan warna asal.
Duri semua berwarna putih dan tiada berbelang.
Muka dan bulu adalah berwarna putih.
Kulit berwarna pink.
Mata berwarna merah.
Hidung berwarna pink.
 
 

HedgeHog @ Landak Mini

Salam buat semua...


Buat permulaan Dunia Haiwan kali ni nak kongsi sikit tentang Hedgehog ni.....kali ni kite layan landak plak....landak? ye, landak....tapi bukan jenis yg terdapat di malaysia....tetapi yg diimport dari luar..kononnya landak ni berasal dari Egypt walaupun namenya cam dari africa...


Saiz dewasa sekitar 8-9 inci panjang...mmg sesuai dipanggil sebagai landak mini...rasenya skrg ni pon dah jadi trend kt Malaysia utk org bela menatang ni...


Saya pon sebenarnya mcm tertarik gak utk bela...tgk pon cute jer...walaupon berduri, tapi itu yg wat die berbeza dari pet lain ye tak?


Harga seekor kalo x silap dlm RM100 - 150 . So kita layan pic sket...